Sabtu, 27 Oktober 2007
alasan kukuh
ni aku dapat email dr kawan aku,
mmg kelako,
elok le kalu sesape yang berade dlm situasi yang menggelabah,
kalu diamalkan insyaAllah selamat di dunia,yang akhirat tu biar lah Allah je yang tentukan,
selamat mencubeeeee
CARA-CARA NAK KONTROL MALU
aa. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi...terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.
b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka...jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.
d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang...teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik. e. Tersilap masuk tandas wanita...buat- buat wajah glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
hihiihihihi..
saye cube-lahh nnt ye.. :)
anda napak seperti eksekutip....santekkk...i loikeee
kahkahakhak...
lagi 1... kalau anda jatuh bersimpuh lepas sepak batu... terus bangun dan buat tarian makyong supaya org ramai ber pk yg anda sedang berlakon teater P.Ramlee... khakhakhaka
Catat Ulasan